Skip to content

satu hari di musim sejuk

April 2, 2009

sejuk pulak hari nih. chiily. ingat lagi hari tu keta aku meragam. tak nak start. masa tuh nak gi sembahyang jumaat. neighbor datang check ingat bole lah nak tolong tapi tak de ape2. keta tak de respond. dia cakap mungkin starter, feul pump dan macam2 lagi lah.

end up dia hantar aku gi masjid. petang tuh call tow truck so bole tow ke mekanik aku. aaa dah max out free tow. makna nye dah 5 kali guna dalam masa yang singkat tuh. ye la keta tua. lebih kurang jer umur dia dengan berapa tahun aku kat negara omputih nih. aku kena bayar tow service. damn it.

sampai kat kedai repair keta, dia check dia cakap aku punya distributor cap. so senang jer nak ganti. call spare part, tunggu, tukar. keta start. part yang susah nyer, tunggu part sampai. dua tiga kali kena call balik tanyer bila part nak sampai. akhirnya sampai. tukar, keta start. mati kan keta, bayar, start balik tak bole. problem. hari dah gelap, sejuk, rental car co nearby dah tutup. aku tak de keta. kedai nak tutup. mamat kedai drop aku kat train station. sejuk. kaki aku beku masa tunggu ketapi. sejuk pulak malam tuh. aku rasa kaki aku macam dah kematu ker. keras. tak de darah. panik.

dalam ketapi pun masih sejuk tak de hiter ker ketapi nih. ishhh. kuar dari ketapi masih sejuk lagi. battery phone dah lemah lak tuh. ishh. habis la aku. dah lah sejuk, kena diri tengah2 dunia yang berangin tunggu bas. bas sikit pulak, ramai sangat manusia nak naik bas. call teksi, teksi cakap dalam 15 minit. masa tu la 15 minit yang panjang pada aku. dengan kaki dah kematu, ni suma pasal loafer aku yang kecik ni la kut, pas tu tak pakai sock. ops…lupa aku sempat gi cvs beli sock pasal sejuk sangat. ok back tu tunggu teksi, ade satu lagi, perut aku kosong. masa tu aku punya blood pressure asyik tinggi jer. aku jamin malam tu bp aku memang tinggi. dengan tak makan pulak tuh, gastrik aku pun datang la. aku rase lesu sangat masa tuh.

teksi sampai, naik teksi balik.sempat singgah kedai makan beli nasi bungkus. balik rendam kaki kat dalam tub, pas tu makan. habis nasi bungkus, aku rasa lega sikit.

tu lah citer satu hari di musim sejuk.

ahad aku

March 23, 2009

_pas9444-1

makan nasi goreng ikan bilis belacan, makan ubat2, aku bergegas mandi. 18 minit kemudian aku jumpa kawan aku kat tempat yang dijanjikan. tak lewat tak cepat. right on time. itu la aku. dah biasa kut.

terus ke atlantic station untuk tengok tempat nak shoot. kawan aku dah scout tempat tuh masa dia dalam bas tadi. security bandar kecik ini ade di mana2 buat aku tak senang. orang cakap shoot kat sini selalu kena harass dengan security. tengok diarang sengeh jer. so ok la kut.

jalan dalam dua 3 blocks, dapat lah shots yang nak, kitarang belah gi starbucks. still ade orang minum kopi mahal kat sini. ok la, termasuk lah aku. aku minum teh jer, teh susu steam atau tea latte. black. i prefer black.

habis lepak situ, aku dan kawan aku balik ke rumah aku, lepak kat cyber cafe apartment aku. masa ni decided pegi amik gambar kat kampung kecik di utara kami.

balik umah kawan, isi perut sikit, nasi beryani ayam, kami pun pegi lah dengan bantuan gps map dari iphone aku. dalam hati, barus jugas gps talipon aku nih. hehe.

shoot kat sini sampai abih battery. on the way balik umah, singgah beli mee goreng. penat.
_pas9357-2

ini la hidup aku

March 20, 2009

_pas9230-1

setiap hari kau ku amik
tanpa rasa bosan
tanpa rasa serba salah
aku setia pada kau
aku setia pada arahan engkau

aku tahu aku lemah
aku tahu aku tewas dalam hal ini
tapi aku takkan putus asa
satu hari nanti aku akan tewaskan ngkau
tunggu lah hari itu

separuh hari di sauna

March 20, 2009

boss punya boss lalu depan opis aku nampak aku susah sangat nak bernafas dan muka aku macam baru lepas kena kejar anjing.

boss boss: kamu ok?
aku jawab: tak ok
boss boss: napa apa dah jadi?
aku jawab: pening kepala…pening pala selsema
boss boss: jumpa doktor dah?
aku jawab: tak
boss boss: laaa…amik ubat tak?
aku jawab: dah
boss boss: ok la, tapi ok tak?
aku jawab: ntah lah, rasa tak larat jer. stuffy hidung aku. tengok screen computer blur jer, pening
boss boss: balik la. buat ape kat sini. balik rehat
aku jawab: ok la tengok jap lagi kalu tak ok gak balik lah
boss boss: balik jer, besok dah elok datang la
aku tak de pilihan: ok

dengar suara kawan2 aku kat belakang, balik balik. buat apa sakit2 kat sini. amik steam bath. kumur ngan air garam. makan hot n spicy soup. macam2 aku dengar.

20 minutes kemudian, aku undock computer aku tinggal kan suasana pejabat aku

balik, aku pikir camana nak steam bath. aku pegi sauna. best jugak. so sauna lah aku pegi.

bawah gambar common area dengan dry sauna. ade beberapa bilik yang lain2. bilik garam, bilik emas, bilik batu galian, bilik tanah liat merah, bilik arang kayu dan lain2. dekat pintu ade tulis pasal darah tinggi dan sakit jantung tak leh masuk. begitu jugak kencing manis. aku masuk jugak sampai tertidur dalam tuh. pas tuh aku gi steam sauna. duk dalam tu buat beberapa ketika. aku cakap best jugak tempat ni. napa aku tak gi sini awal2 tadi? oh ya…lupa aku aku bukan nya european aku budak kampung, kampung pulak tu ulu giler, stesen minyak pun ade satu jer. duk sini lama2 tak leh panggil diri tu orang barat ker ape ker. sedor la diri tu sikit. sampai sini pun dengan duit orang jual padi, duit koko, kopi, kelapa sawit, toreh getah..toksah nak eksyen la. (tiba2 jer aku tersentak dengan kata2 yang tajam ni)

img_0436
img_0435
img_0434
img_0432
img_0433
img_0437

ape naik….lama² turun jugak

March 5, 2009

_pas7291-11

– bak kata tok samah

camtuh tu lah dulu jepun pas tu union jack. sekang ni sapa yang tengah naik tuh, tak lama lagi turun la. ni ambreka ni tak lama derrr.

you ain’t walk alone

March 4, 2009

_pas7804-9

aku: salam
kawan: salam…warahmatullah…..
aku: ni aku am
kawan: haaa..am pekabo?
aku: alhamdulillah, ngko?
kawan: sihat, thank you. percerita?
aku: tak de ape melainkan depressing tengok kawasan sekitar
kawan: you’re not alone. watch out for orangemen
aku: really? mana aku bole nampak dia?
kawan: they are everywhere
aku: okay lah, thanks for the heads up. will keep u update as well
kawan: ok la am
aku: ok la kawan, salam my brother
kawan: salam, i’ll include you in my doa
aku: amin

bole ker hidup kalu kerajaan bergolak

March 4, 2009

itu lah yang menjadi tanda tanyer aku sejak beberapa ketika ini. aku serba salah.

menjadi penduduk tetap di sini memang best bagi setengah orang. tapi aku, di anak tiri kan rasa tak puas hati. campur, ekonomi sekarang ini tengah teruk. bak kata orang russia tuh, negara ini akan tumbang tahun depan atau setahun selepas tahun depan. aku kat sini? kejar mimpi amerika konon. dengan hidup jujur macam aku? sampai bila lah tak ke mana. “sampai bila kamu nak kena tipu macam ni lagi? bukan dah jadi kat kamu sebelum nih?” teringat abang aku cakap kat aku. “ngkau cari lah jalan ngkau, ngkau dah besar, separuh hidup kau kat sana so buat lah apa yang patut.” “kat make sure dia masuk penjara, dia tak cium bau udara segar untuk waktu yang lama. orang macam tuh layak duk situ jer. baru dia tau langit ni rendah ker tinggi.”

kat tempat lahir aku pulak, “DUN ugut nak bagi tau najib cuba rasuah DUN la” cukup already. manyak sangat duit bagi lah kat orang yang kena buang kerja, suruh diarang urus ladang getah, ladang kopi, ladang teh. kopi & teh tengah hit ni. getah pun tengah panas. bengong, gaduh2 kuasa. 2 menteri besar ok apa.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.