Skip to content

satu hari di musim sejuk

April 2, 2009

sejuk pulak hari nih. chiily. ingat lagi hari tu keta aku meragam. tak nak start. masa tuh nak gi sembahyang jumaat. neighbor datang check ingat bole lah nak tolong tapi tak de ape2. keta tak de respond. dia cakap mungkin starter, feul pump dan macam2 lagi lah.

end up dia hantar aku gi masjid. petang tuh call tow truck so bole tow ke mekanik aku. aaa dah max out free tow. makna nye dah 5 kali guna dalam masa yang singkat tuh. ye la keta tua. lebih kurang jer umur dia dengan berapa tahun aku kat negara omputih nih. aku kena bayar tow service. damn it.

sampai kat kedai repair keta, dia check dia cakap aku punya distributor cap. so senang jer nak ganti. call spare part, tunggu, tukar. keta start. part yang susah nyer, tunggu part sampai. dua tiga kali kena call balik tanyer bila part nak sampai. akhirnya sampai. tukar, keta start. mati kan keta, bayar, start balik tak bole. problem. hari dah gelap, sejuk, rental car co nearby dah tutup. aku tak de keta. kedai nak tutup. mamat kedai drop aku kat train station. sejuk. kaki aku beku masa tunggu ketapi. sejuk pulak malam tuh. aku rasa kaki aku macam dah kematu ker. keras. tak de darah. panik.

dalam ketapi pun masih sejuk tak de hiter ker ketapi nih. ishhh. kuar dari ketapi masih sejuk lagi. battery phone dah lemah lak tuh. ishh. habis la aku. dah lah sejuk, kena diri tengah2 dunia yang berangin tunggu bas. bas sikit pulak, ramai sangat manusia nak naik bas. call teksi, teksi cakap dalam 15 minit. masa tu la 15 minit yang panjang pada aku. dengan kaki dah kematu, ni suma pasal loafer aku yang kecik ni la kut, pas tu tak pakai sock. ops…lupa aku sempat gi cvs beli sock pasal sejuk sangat. ok back tu tunggu teksi, ade satu lagi, perut aku kosong. masa tu aku punya blood pressure asyik tinggi jer. aku jamin malam tu bp aku memang tinggi. dengan tak makan pulak tuh, gastrik aku pun datang la. aku rase lesu sangat masa tuh.

teksi sampai, naik teksi balik.sempat singgah kedai makan beli nasi bungkus. balik rendam kaki kat dalam tub, pas tu makan. habis nasi bungkus, aku rasa lega sikit.

tu lah citer satu hari di musim sejuk.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: